KeHiduPan SeBenar Yang DiCari

Return to the Right Path

Wanita dan aurat

Masyarakat kita di akhir-akhir ini persoalan menutup aurat telah tidak dititik beratkan dan rata-rata kita melihat bahawa mereka yang menutup aurat pun menutupnya dengan tidak sempurna. Ada yang mengenakan mini telekong yang terlalu “mini” sehingga jelas kelihatan rambutnya yang melepasi tudungnya yang singkat itu. Ada pula yang mengenakan tudung yang terlalu jarang sehingga jelas kelihatan rambut walau pun telah ditutup. Ada sesetengah yang menutup namun masih kelihatan anak-anak rambut di panggal dahinya. Mungkin ini disebabkan ‘trend’ tudung kepala yang di pakai oleh selebriti dan artis tempatan menjadi ikutan wanita hari ini. Semua ini tidak sempurna dan wanita berkenaan masih berdosa kerana dikira tidak menutupi auratnya.

Aisyah ra meriwayatkan ,” Semoga Allah merahmati para wanita muhajir yang awal ( dari Mekah ke Madinah) ketika Allah merunkan wahyu “… Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dada-dada mereka …” lalu mereka menggunting kain-kain tebal mereka ,lalu mereka berpurdah dengannya.” ( Abu Daud )

Pada peringkat awal ada hukum agar wanita-wanita menyembunyikan perhiasan mereka kecuali apa-apa yang memang terlihat. Kemudian datang hukum:

“… Wal yadribna bi khumurihinna ‘ala juyubihinna…” ( An-Nur Ayat 30 )

“…Dan hendaklah mereka munutup kain kerudung mereka ke dada-dada mereka…”

Mengenai hal ini Aisyah ra berkata, “ ketika ayat ini diturunkan, maka para wanita Muhajirin lansung memotong kain-kain tebal mereka menjadi dua bahagian.” Kedua helai kain ini secara syariat tidak hanya menutupi kepala sahaja tetapi juga menutupinya sampai ke leher dan dada-dada mereka. Perintah ini adalah perintah yang lazim dan kuat.

Sesetengah ahli tafsir menulis bahawa pada zaman jahiliyah, telah menjadi kebiasaan bagi wanita mereka akan menutup kepala mereka dengan dua helai kain dan dua helai kain lagi di badan mereka. Sebaliknya bagi kaum Muslimin diperintahkan untk menutup kepala mereka serta di labuhkan menutupi dada-dada mereka. Atas sebab ini bila turun ayat di atas mereka memotong kain-kain tebal mereka dan menutupi aurat mereka bersesuaian dengan ayat tersebut.

Persoalannya mengapa dengan kain tebal?
Kerana kain-kain yang nipis tidak dapat menutupi kepala dan dada dengan sempurna. Ini di sabitkan juga oleh sabdaan Nabi dalam menasihiti sahabatnya Dihyah bin Khalifah ra.

Dihyah bin Khalifah ra meriwayatkan, “ Telah datang hadiah kepada Rasulullah saw berupa kain-kain nipis dari Mesir. Kain itu diberikan kepada saya. Beliau bersabda, “ potong lah kain ini menjadi dua bahagian, satu bahagian untuk jubahmu dan satu bahagian lagi kamu berikan untuk isterimu, agar ia melipatnya menjadi dua untuk kain krudungnya.”Aku membawa kain tersebut, ketika aku beredar, beliau saw bersabda, “ Perintah kepada isterimu agar ia menambah kain di bawahnya agar anggota tubuhnya tidak terlihat.” ( Abu Daud )

Pada ketika yang lain datang Hafsah binti Abd.rahman bin Abu Bakar ra ke hadapan Aisyah ra pada ketika itu Hafsah memakai kain krudung yang nipis. Aisyah kemudianya menanggalkannya dan mengantikan dengan kain yang lebih tebal. ( Imam Maliki )

Dari penjelasan di atas, ‘trend’ bertudung yang ada sekarang memang jelas bertentangan dengan apa yang telah di fardhu kan bagi wanita memakainya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan dosa ke atas mereka serta menyebabkan fitnah kepada mereka sendiri juag akan mengundang asbab kepada maksiat yang lebih besar.

Nasihatkan kepada isteri, anak-anak serta saudara perempuan kita agar menghindari perbuatan sedemikian dan kembali kepada budaya bertudung yang lebih sempurna.

Wallahu Alam

Advertisements

January 3, 2011 Posted by | muslimah | Leave a comment

Di Manakah Kecantikan Wanita??

wajah

“Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.

Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……”-Al-Ahzab : 33

Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.

Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :

* menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia
perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya,” -An-Nur : 31

* Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam di kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.”

* Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :

1) Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.

2) Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”

3) Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.

4) Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.

5) Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”

6) Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud :

“janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……”-Al-Ahza:32

7) Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud :

“dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”-an-Nur:31.

Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan di hadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : “seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”

 

muslimah

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.

May 2, 2009 Posted by | muslimah | Leave a comment