Archives
Blogroll
Nasyid Group
sahabat blogspot
- ADdiN
- addin faqihah
- ADNI QASRINA
- anazkia
- asyraf dinie
- chunna
- Cik Bintu
- CikWa
- DEDI ZAINULLAH
- eisya
- firdausnoh
- ibnuhasbullah
- ibnusinaputra
- kurniaanillahi
- LekIr
- mujahidahputeri
- mujahidfillah
- nuradilamk
- nur_kasih
- pencinta-illahi
- srikandiharakah
- syababtajdid
- syabbahislami91
- syahaabahjamil
- tamanulama
- tAuShiAh
- ULATRIZA
sahabat wordpress
calendario blog posts
February 2019 M T W T F S S « Jun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 komen dari member2
-
recent posto
- Amalan Berguna Selepas Mati
- Temuduga “Calon Jenazah”
- Dakwah Rasulullah Kepada Remaja
- Bidadari di Syurga
- Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari
- Kelebihan Solat Malam (Qiyamullail)
- Ayat2 Motivasi Dalam Al-Quran
- APRIL fool
- Kisah Para Anbia’ – Nabi Ayub a.s
- Kisah Para Anbia’ – Nabi Adam a.s
- Senyuman Rasulullah
- Ketika Allah Berkata Tidak
- C I N T A
- JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
- Wanita dan aurat
Top Posts
Top Clicks
- None
Visitors
- 25,120 hits
perihal ku
topik best..
BicArA keHiduPan
MASA merupakan sumber paling penting dan berharga yang dianugerahkan kepada manusia. Bagaimanapun, dalam usaha untuk memanfaatkan sepenuhnya ia perlu diuruskan dengan baik. Prinsip utama dalam menguruskan masa ialah dengan menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang disukai atau perkara yang membantu mencapai matlamat hidup. Ini bermaksud seseorang itu seronok dengan apa yang dilakukan dan pada masa yang sama menyelesaikan sesuatu tugas yang mahu dibereskan. . *********************** NASIB seseorang tidak akan berubah selagi diri sendiri tidak berusaha mengubahnya, kerana rezeki secupak tidak mungkin jadi segantang kalau sekadar duduk berdiam diri tanpa berkerja keras. Sekadar berpuas hati dengan apa yang ada di depan mata, juga tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya, semangat perlu sentiasa dibakar untuk membaiki nasib diri. . *********************** Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukan hanya dapat dicapai melalui kelulusan akademik sahaja. Sebaliknya, ia boleh diperoleh di mana-mana sahaja jika ada keinginan beserta semangat dan usaha yang gigih. Setiap laluan dan peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin bagi meraih pengetahuan dan kemahiran untuk bekalan bagi mencapai kejayaan. *********************** Nilai keperbadian seseorang manusia harus tahu siapa kita, asal usul kita. Kita harus jadi diri kita, bukan jadi orang lain hanya kerana mahu mencapai cita-cita. *********************** HIDUP ini tidak ubah seperti percaturan yang sukar untuk kita telah menang atau kalahnya. Pada satu ketika, kita mungkin diulit bahagia dan pada ketika yang lain, mungkin dugaan mendatangi kita. *********************** PEPATAH ada menyebut, jika seseorang diberi seekor ikan, ia hanya dapat dimakan untuk sehari, tetapi jika diberi pancing, ia akan dapat memberi makan untuk seumur hidup. Begitulah realiti kehidupan. Jika hanya diberi bantuan wang, ia akan habis dibelanjakan, tetapi jika diajar sesuatu kemahiran, ia dapat digunakan untuk mencari rezeki. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi atau kelayakan untuk mencari pekerjaan tetap dan stabil. *********************** Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik. *********************** Keperluan terhadap kasih sayang bukan sahaja mendatangkan kesan positif di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang membawa hingga ke tua dan bukan sahaja di rumah tetapi juga di tempat kerja mahupun di mana-mana sahaja. Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik. *********************** Komplikasi hidup yang semakin banyak muncul dalam kehidupan seharian seseorang menyebabkan semakin sukar orang mencapai ketenangan dalam hidupnya. Jiwa yang tenang dan hidup yang tenteram tidak banyak bergantung kepada faktor luaran seperti sosial, ekonomi, politik misalnya tetapi lebih kepada cara dan sikap kita menghadapinya. Segalanya bermula dari rumah anda... *********************** GAGAL mencapai tahap membanggakan dalam dunia kerjaya bukanlah suatu bencana, sebaliknya ia menjadi pemangkin kejayaan. Pengalaman mengajar untuk lebih bijak dan matang mengendalikan keadaan. Kita tidak akan mampu menemui kejayaan andai tidak bijak mengawal keadaan *********************** Masa dan waktu yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak akan dapat ditukar ganti lagi. Menurut kata para bijak pandai bahawa walaupun setiap hari kita menerima kedatangan fajar baru setiap subuh, tetapi sebenarnya fajar itu memberitahu kepada manusia, bahawa setiap hari ia adalah fajar yang berbeza. Fajar hari yang lalu itu tetap telah pergi dan tidak akan kembali lagi, oleh itu manusia haruslah memanfaatkan kedatangan fajar setiap hari dengan sebaik-baiknya. *********************** Kesibukan mengejar kenikmatan hidup di dunia, jangan sesekali lupa mengimbangi diri antara karier dan keluarga. *********************** ORANG yang berjaya biasanya orang yang mengutamakan disiplin. Sama ada pemimpin, usahawan dan pelajar semuanya memerlukan disiplin diri untuk berjaya. Tanpa disiplin diri, cita-cita atau wawasan sehebat manapun akan gagal. Dunia hari ini melihat kepada kejayaan dan asas kejayaan itu ialah diri yang kuat.Bak kata pepatah: `Melentur buluh biar daripada rebung'. *********************** ``KEKUATAN diri terletak kepada hati dan perasaan, jika kita kuat menghadapinya bermakna apa sahaja yang akan datang akan mudah untuk dilalui,'' *********************** DIRI seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang. *********************** Hati ialah hakikat diri seseorang yang sebenar, roh seseorang dan ia mengawal jasad lahir. Niat yang dipasang bukan menjadikan rupa paras sebagai ukuran. Semua ini bergantung kepada hati masing-masing, andai suci hati maka akan lahirkan rasa kasih dan sayang. Kecantikan luaran, dan sokongan dalaman di mana wujudnya hati yang bersih dan ikhlas maka akan terpancar wajah yang cantik. Cantik yang sempurna bukan sahaja cantik di luar tetapi juga cantik di dalam *********************** MENYELAM jauh ke dasaran bermula dari terbentuknya peribadi seorang anak kecil. Kita tidak dapat membetulkan pemikiran masyarakat dengan hanya mengaut di permukaan. Kita perlu mulakan dari rumah, sekolah dan seterusnya. Walaupun begitu, ini hanya boleh dilakukan terhadap anak-anak kecil yang sedang membesar. *********************** ORANG yang pandai bercakap tidak semestinya hebat apabila bercakap. Kadangkala apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minda dan kata-kata kita tidak semestinya sehaluan tetapi ia boleh menjadi demikian jika kita mahukannya. *********************** PEPATAH menyebut, adat tersirat dalam sunah, tersurat atas kertas. Sekali alam bertukar musim, adat tidak pernah terpinggir. *********************** Humor adalah satu kualiti yang positif yang boleh membawa imbangan kepada peribadi dan watak manusia. Bukan itu sahaja, sesiapa yang boleh mentertawakan diri sendiri atas humor yang dibuat sendiri atau orang lain adalah satu lagi tambahan kualiti orang itu. Namun batasannya harus ada. Jangan sampai percubaan humor bertukar menjadi tempelak atau insult. *********************** FITRAH manusia lahir ke dunia dengan seribu satu kekurangan, biarpun dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Sementara kesempurnaan pula adalah sesuatu yang amat `subjektif' untuk diperkatakan meskipun ramai yang berusaha untuk tampil serba sempurna - zahir mahupun batin. *********************** Fakta kehidupan sejagat bahawa tiada siapa boleh menyebabkan sesuatu musibah yang lebih buruk kepada kita kecuali kita sendiri. Bantuan paling penting yang kita perlukan ada di tangan kita sendiri. Diri sendiri merupakan ejen paling berkesan bagi mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita sendiri lebih daripada orang lain *********************** Tahap pemikiran atau kreativiti bukan hak mana-mana bangsa di dunia ini. Melihat diri kita dari sudut 'manusia' bukannya bangsa. Walaupun masih merangkak, tetapi bila tiap-tiap kali dapat mengatasi sesuatu halangan, itulah kejayaan. Tidak pernah akur dengan halangan-halangan yang dilemparkan. Tiada sempadan untuk kejayaan. Pengalaman peribadi mengajar setiap perkara ini. Untuk membebaskan diri dari belenggu kita perlulah berani untuk mengubah haluan kita sendiri. Orang tidak akan memijak kepala kita kalau kita tidak sorongkan kepala kita untuk dipijak. Hanya yang berani boleh menakluk. *********************** Bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Sesungguhnya, mereka yang bijak merancang pada masa yang sama rajin berusaha meningkatkan kemahiran diri, tiada yang mustahil boleh dikecapi. *********************** SESUATU kejayaan itu akan dianggap indah dan cukup bermakna jika ia diusahakan oleh kita sendiri tanpa meminta bantuan atau sokongan daripada pihak lain. Andainya kita mendapat atau bergantung kepada orang lain untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan sudah tentu ia akan dipandang serong dan orang tidak menganggap kejayaan itu sebagai pencapaian tulen. Malah ada potensi untuk diperlekehkan. *********************** SEORANG yang jelas penglihatannya boleh jadi buta kerana dia enggan melihat apa yang dia patut lihat dan hati mereka sudah terkatup rapat, manakala yang buta dapat melihat dengan jelas kerana hati mereka tidak buta seperti pancaindera penglihatan mereka. Lebih malang ialah mereka yang celik, tetapi yang buta mata dan buta hati berbanding mereka yang benar-benar buta kerana yang buta mata dan buta hati benar-benar tidak berguna kepada siapa sahaja. Lebih menarik ialah apabila seseorang itu buat-buat buta kerana banyak daripada kita tidak buta, tetapi hanya buat-buat buta. Hanya yang dikhuatiri, apakah satu hari nanti kita benar-benar buta?
Advertisements
topik best
25 Pesanan Luqmanul Hakim
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. ************************** Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. ************************** Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. ************************** Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. ************************** Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. ************************** Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. ************************** Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. ************************** Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. ************************** Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan ************************** Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. ************************** Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja ************************** Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. ************************** Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. ************************** Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. ************************** Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. ************************** Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. ************************** Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. ************************** Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. ************************** Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu. ************************** Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. ************************** Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. ************************** Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. ************************** Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. ************************** Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. ************************** Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.