KeHiduPan SeBenar Yang DiCari

Return to the Right Path

Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari

Kita mengenal gerhana matahari dan gerhana bulan. Zaman Rasulullah
s.a.w., pernah terjadi gerhana matahari dan bertepatan dengan kematian putera
beliau, Ibrahim. Masyarakat bertanya dan menghubungkan gerhana tersebut
dengan kematian putera tercinta Rasulullah s.a.w. Kerana pendapat yang keliru
itu akan membawa kesyirikan, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya
matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran
Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana
lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan
solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

 

“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi
Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat
berjamaah)”.
Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali
dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula.
Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata:
Belum pernah saya sujud lama, seperti
lamanya sujud solat gerhana itu”.
(Hr Bukhari dan Muslim).

 

 

خَسَفَتْ
الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ
إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ

Maksudnya:

Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas solata jami’ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1045.

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad (sunat yang dituntut)


CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunya 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan duarakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang
pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat Pertama

1)- Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)

2)- Takbiratul Ihram

3)- Doa Iftitah

4)- Membaca surah al-Fatihah

5)- Membaca Surah al-Qur’an

6)- Rukuk

7)- Iktidal

8)- Membaca Surah al-Fatihah

9)- Membaca Surah al-Qur’an

10)- Rukuk

11)- Iktidal

12)- Sujud

13)- Duduk antara dua sujud

14)- Sujud kali kedua

15)- Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1)- Membaca surah al-Fatihah

2)- Membaca Surah al-Qur’an

3)-Rukuk

4)- Iktidal

5)- Membaca Surah al-Fatihah

6)- Membaca Surah al-Qur’an

7)- Rukuk

8)- Iktidal

9)- Sujud

10)- Duduk antara dua sujud

11)- Sujud kali kedua

12)- Duduk untuk tahiyyat akhir

13)-Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Khutbah Ringkas Selepas Solat.
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.
Imam Syafie rahimahullah berkata:
Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344.

 

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring.

June 15, 2011 - Posted by | islam UnitE

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: