KeHiduPan SeBenar Yang DiCari

Return to the Right Path

Di Mana & Ke Manakah Kita

Persoalan hari ini cukup penting… di manakah kita?

from-wwwmetacafecom-5

Apa yg  cuba dimaksudkan di sini adalah… di manakah posisi kita di sisi Allah? Adakah kita ini dipandang Allah sebagai hambaNya yang taat atau hambaNya yang ingkar?
Sabda Rasul yg bermaksud begini, “sekiranya Allah menyayangi kamu, maka Allah akan sibukkan kamu dengan hal-hal akhirat. Sekiranya Allah sedang murka dengan kamu, maka Allah akan lemparkan kamu dalam kesibukan dunia…”


Sahabat2 sekalian,
Adakah kita ini disayangi atau dimurkai Allah tatkala kita sedang membaca blog ini? Adakah di minda anda ketika ini penuh dengan ketaksuban perihal duniawi atau di fikiran anda sentiasa bermain perihal betapa indahnya dan hebatnya kekuasaan Allah s.w.t..
Adakah ketika anda membaca blog ini, di hati anda ada kesyukuran atas nikmat penglihatan yang Allah beri? Atau adakah ketika anda membaca blog ini anda rasa jelik dan bosan kerana penglihatan anda terpaksa digunakan untuk membaca tazkirah sebegini?
Renungkanlah kembali di mana dan ke mana hala tuju hidup kita. Kadang-kadang Saya sendiri rasa pelik dengan diri Saya. Bertungkus lumus nak capai kecemerlangan dunia, invest duit, tenaga dan masa yang banyak semata-mata untuk hidup senang.
Buat business bagai nak rak. Berbincang politik macam takdak kesudahan. Berpersatuan seolah-olah dunia hanya di situ.

Sedarkah kita bahawa kesenangan dunia itu sementara? Dari segi hukum akal, menurut teori investment, pelaburan yg paling menguntungkan adalah pelaburan jangka masa panjang. Dalam hidup kita, kehidupan dunia itu jangka masa pendek, kerana apabila ajal menjemput, tak guna kita lari sampai tersemput, kerna nyawa akan tetap dituntut, walaupun kita menangis melolong dan melutut.
Yang kekal adalah kehidupan di akhirat.
Sama ada di syurga atau di neraka Allah…
Persoalannya, dah berapa banyak kita invest untuk kesenangan di akhirat? Dan dah berapa banyak kita habiskan untuk kesenangan dunia?

Tujuan  menulis ini bukan untuk menyekat anda daripada terus maju dalam perniagaan, kerjaya atau apa sahaja yg anda buat. Tujuannya hanya satu, mengajak kita kembali bersandarkan apa sahaja kepada Allah s.w.t…

5247431319l

Apa sahaja yg kita buat, kita dedicate kan kepada Allah. Apa sahaja yg berlaku kepada kita sama ada baik atau buruk, kita yakin dengan ketentuan Allah yg penuh berhikmah.
Janganlah kita membina perniagaan untuk mengejar glamour dunia… Kereta besar, rumah besar, melancong ke sana sini, duit melimpah di dalam bank dan 1001 lagi sifat kekayaan dunia…
Ingat dunia ini pelaburan jangka masa pendek.

Melaburlah untuk saham akhirat yg menjanjikan lebih banyak kesenangan. Dan yg paling pentingnya, kesenangan itu kekal bersama kita. Kalau berkereta besar di dunia, dalam sekelip mata Allah boleh menariknya… Contohnya, kemalangan jalan raya, tsunami, atau kejadian yg kadangkala kita tak dapat terima dengan akal yg dangkal ini…. Rumah yg besar, tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Kadangkala ia membunuh masa depan anak-anak kerana pembesaran mereka disulami kemewahan dan keegoan yg melampau.

Sahabat2ku, marilah kita kembali bersandar kepada Allah dan RasulNya…
Kejarlah untuk melabur pelaburan jangka panjang dengan memastikan pelaburan jangka pendek kita selari dengan permintaan pasaran yg Allah telah tetapkan. Nescaya kita bakal hidup senang dan sempurna di akhirat kelak.
Blog ini untuk menegur diri saya yg hina lagi daif ini dan sekadar peringat memperingati sesama Muslim. Bukannya untuk mendabik dada dan bersombong.
Akhir kata, di manakah anda? Ke manakah anda?

January 4, 2009 - Posted by | islam UnitE

1 Comment »

  1. kejayaan yg sebenar bila kita mentaati perintahNYA..bahagia hidup dunia akhirat..🙂 masa yg diberi adalah modal utk kita melaburkan nya pada sesuatu yg menghancur kan atau pada sesuatu yg akan memberi kita kebahagiaan kelak..

    Comment by adni qasrina | January 8, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: