KeHiduPan SeBenar Yang DiCari

Return to the Right Path

akHiraT AdalaH keHidUpaN kItA

Diceritakan bahawa ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun kelaut untuk memukat ikan. Apabila melabuhkan pukat maka sikafir ini pun menyebutkan nama Tuhan berhalanya dan hasilnya ia telah mendapat tangkapan yang banyak. Berlainan pula dengan nelayan yang mukmin ini, bila ia melabuhkan pukatnya maka ia pun menyebutkan nama Allah dan hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersangkut kedalam pukatnya sekalipun ia telah memukat dari pagi hingga ke senja.
Maka pulanglah orang mukmin ini dengan tidak membawa sebarang tangkapan pun, namun ia tetap bersabar serta reda dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sedang nelayan kafir ini telah membawa pulang bersamanya berbakul bakul ikan. Melihat akan hal ini maka malaikat yang bersama nelayan mukmin merasa simpati diatas nasibnya maka ia pun naik ke langit dan mengadu pada Allah.
Allah lalu memperlihatkan kepada malaikat tempat yang telah disediakan olehNya kepada nelayan mukmin tersebut iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat, “Demi Allah sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan didunia ini jika ia telah mendapat tempat di Syurga Allah. “Setelah itu Allah menunjukkan pula tempat si nelayan kafir kepada malaikat. Berkata malaikat, “Alangkah malangnya nasib si kafir, sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah ke Neraka Jahanam juga.
Allah S.W.T. membuat perumpamaan tentang kehidupan dunia dalam AL-Quran:
al-khafi-45
Namun begitu Allah S.W.T. tidak memerintahkan manusia mengejar keuntungan akhirat semata mata kerana kejayaan akhirat itu bertitik tolak dengan kejayaan kehidupan di dunia.Orang yang Allah S.W.T. kurniakan kepadanya kesenangan atau kemewahan didunia ini kemudian ia menyedari bahawa ia adalah kepunyaan Allah S.W.T. lalu ia menginfakkan pada jalan Allah S.W.T. maka kepadanya balasan pahala yang besar sebagaimana firman Allah S.W.T. didalam Al Quran.

al-baqarah-261

Manakala sesiapa yang Allah S.W.T. mengujinya dengan kesusahan, kesempitan atau apa sahaja yang tidak disenanginya lalu ia bersabar, Allah S.W.T. akan mengurniakan dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya danmelipatgandakannya tanpa terhitung. Firman-Nya

az-zumar

an-nahl-96

 Semuga sama2 diambil menjadi pedoman semasa melayari bahtera kehidupan ini di dalam mencari keredaaNya.Segala yang baik datang dari Allah dan yang tak baik itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri, oleh itu saya mohon kemaafan kerana sebagai manusia biasa tak sunyi dari kesalahan.Wasalam….

 

December 12, 2008 - Posted by | islam UnitE

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: